Welcome! Sonong Kinorikatan, Selamat Datang Ke Kampung Sogoh Di Alam Maya.

Seputar di hari " Tagal" atau pesta menuai ikan Kampung Sogoh 2008









Ikan-ikan yang masih segar...hmm, fresh from sungai kedamaian, Kampung Sogoh.

opps: tagal bermaksud pesta menuai /menangkap ikan lah kalau dalam b.melayu iaitu setelah segala hidupan di sungai dipelihara dalam tempoh setahun.Tidak boleh kacau (bombon) ooohh nanti kena denda seekor kerbau/lembu. Sabar-sabar lah kan.

Setelah hampir 3 tahun tergendala, pesta menangkap ikan secara bersama-sama, akhirnya acara ini dapat diadakan walaupun hujan turun di sebelah petang. Aktiviti Bombon atau larangan menangkap ikan untuk satu tempoh tertentu (selalunya setahun ja) telah dijalankan sejak beberapa tahun yang lalu, namun acara seperti ini tidak dapat dijalankan disebabkan hujan lebat dan air sungai naik ke paras yang tidak selamat untuk aktiviti ini.

Syabas kepada semua penduduk yang terlibat menjayakan aktiviti ini. Diharapkan tahun akan datang acara lebih meriah dan dapat memupuk perpaduan dan keharmonian segenap penduduk kampung dan saudara mara serta sahabat handai yang datang berkunjung ke kampung ini.



No comments:

Post a Comment